Monday, May 14, 2012

Media Hiburan petang ini melaporkan yang aktress popular,Fasha Sandha telah di’sahkan hamil dua minggu.
Berita yang semestinya menggembirakan pasangan Fasha Sandha & Rizal Ashram yang baru sahaja selesai berbulan madu di Pulau Redang, Terengganu minggu lalu.
Pengurus peribadi Fasha Sandha, Nik Yasmin di’khabarkan memaklumkan berita gembira ini melalui Blackberry Messenger (BBM) selepas doktor mengesahkan kandungan.
Menurut pesanan ringkas Nik Yasmin, doktor melakukan pemeriksaan ke atas Fasha Sandha selepas beliau di’dapati lambat datang bulan dan doktor tampil dengan berita gembira buat pasangan pengantin baru ini.
Fasha Sandha & Rizal Ashram (Jejai) bernikah pada 27 April yang lalu dalam majlis ringkas tetapi penuh meriah di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Tahniah buat Fasha Sandha & Rizal Ashram, tidak sabar untuk lihat baby anda berdua. Heh.
Sumber : RotiKaya

0 comments: