Thursday, June 7, 2012

Tasha Shilla, Fizz Fairuz Bercinta Dalam Pesawat?

Alamak adakah ini kesinambungan drama Awan Dania? Oh! Mungkin tidak kerana sehingga hari ini Murai Batu tidak mendengar sebarang maklum balas daripada pihak Astro mengenai sambungan drama berkenaan.
Apa yang pasti, Murai Batu agak hairan kenapa tiba-tiba berita berkenaan Tasha Shilla dan Fizz Fairuz bercinta di dalam pesawat tiba di telinga Murai Batu? Berdesing telinga Murai Batu jadinya. Terus tak boleh terbang.
Skandal Tasha Shila dan Fizz Fairuz Bercinta Dalam Kapal Terbang
Skandal Tasha Shila dan Fizz Fairuz Bercinta Dalam Kapal Terbang
Kerana setahu Murai Batu, sama ada Fizz Fairuz dan Tasha Shilla, kedua-dua mereka tidak pernah menjalinkan hubungan cinta, apatah lagi khabar angin yang mengaitkan mereka berdua akan bercinta? Itu yang membuatkan Murai Batu kurang jelas.
Apa yang pasti Murai Batu dengar, Tasha Shilla dan Fizz Fairuz dikhabarkan bercinta di dalam pesawat milik syarikat penerbangan antarabangsa iaitu Air France & KLM.
Murai Batu percaya, pasti ada sesuatu yang disembunyikan oleh kedua-dua perangkul trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 ini.
Motif Tasha Shila - Fizz Fairuz Bersama Dalam Kapal Terbang
Apa yang lebih membuatkan Murai Batu ingin tahu lagi, kerana khabarnya mereka berdua akan terbang ke Eropah tidak lama lagi menggunakan syarikat penerbangan yang sama. Motif sangatkan?
Apalah yang disembunyikan Tasha Shilla dan Fizz Fairuz? Adakah mereka benar-benar sudah saling jatuh cinta sehingga sanggup terbang jauh kerana takut orang mengetahui akan hubungan mereka berdua?
Apa yang pasti Murai Batu akan bertemu mereka berdua pada 6 Jun depan dan inilah masanya untuk Murai Batu mendapatkan kenyataan sebenar.
Murai Batu: Tak sabar mahu melihat Fasha Sandha naik pelami Ahad ini dalam dirinya berbadan dua.

0 comments: