Assalamualaikum wbt..
Siapa  sangka rendang makanan tradisional yang bagai menu wajib dihidangkan  semasa Hari Raya dinobatkan sebagai makanan terlazat di dunia. Itulah  yang dilaporkan oleh CNN. Hasil survey yang diterbitkan oleh laman  Cnngo.com, Selasa 7 September 2011, mencatatkan bahawa rendang keluar  sebagai juara dari semua makanan di seluruh dunia.
Rendang yang yang dibuat daripada  daging lembu, kerbau atau ayam bersama santan, serai dan lain-lain  adunan bahan, amat enak dimakan bersama ketupat dan lemang. Rendang ada  banyak rasa, warna dan bau mengikut citarasa setempat. Namanya juga  berbagai. Rendang adalah makanan kegemaran rakyat Malaysia, Indonesia,  Singapura dan Brunei.
Klik SINI untuk respi Rendang Mat Gebu.
Tidak hanya itu, nasi goreng  suatu makanan yang amat mudah disediakan juga keluar sebagai juara ke  dua dalam survey di Facebook yang diikuti sekitar 35 ribu orang dari  seluruh dunia. Tom Yam makanan berasal dari Thailand yang digemari oleh  orang Malaysia tak mengira bangsa di kedudukan ke 4.
Kedua jenis makanan asli  nusantara (dunia Melayu) itu bahkan mengalahkan 'massaman curry' dari  Thailand dan 'neapolitan pizza' dari Itali yang pada survey sebelumnya  berada di kedudukan pertama dan kedua. Selain rendang dan nasi goreng,  sate berkedudukan pada posisi 14.
Berikut ini adalah senarai dari 50 makanan terlazat di dunia versi CNN.
1. Rendang (Indonesia)
2. Nasi goreng (Indonesia)
3. Sushi (Jepun)
4. Tom yam goong (Thailand)
5. Pad thai (Thailand)
6. Som tham (Thailand)
7. Dim sum (Hong Kong)
8. Ramen (Jepun)
9. Itik peking (China)
10. Massaman curry (Thailand)
11. Lasagna (Itali)
12. Kimchi (Korea)
13. Chicken rice (Singapura)
14. Sate (Indonesia)
15. Es krim (AS)
16. Kebab (Turki)
17. Gelato (Itali)
18. Croissant (Perancis)
19. Green curry (Thailand)
20. Pho (Vietnam)
21. Fish 'n' chips (Inggeris)
22. Egg tart (Hong Kong)
23. Bulgogi (Korea)
24. Fried rice (Thailand)
25. Cokelat (Mexico)
26. Penang asam laksa (Malaysia)
27. Tacos (Mexico)
28. Barbecue pork (Hong Kong)
29. Chili crab (Singapura)
30. Cheeseburger (AS)
31. Fried chicken (AS)
32. Lobster (global)
33. Seafood paella (Sepanyol)
34. Srimp dumpling (Hong Kong)
35. Neopolitan pizza (Itali)
36. Mo nam tok (Thailand)
37. Potato chips (AS)
38. Warm brownie dan es krim vanilla (global)
39. Masala dosa (India)
40. Bibimbap (Korea)
41. Galbi (Korea)
42. Hamburger (Jerman)
43. Fajitas (Mexico)
44. Laksa (Singapura)
45. Roti prata (Singapura)
46. Sirup maple (Kanada)
47. Fettucini alfredo (Itali)
48. Parma ham (Itali)
49. Lechon (Filipina)
50. Gui cuon (Vietnam)
SUMBER : SIS-LIN
 RSS Feeds
  File Under : 
          




0 comments:
Post a Comment