Fibroid
Fibroid ialah ketumbuhan biasa atau ketumbuhan benigna yang mengandungi   tisu-tisu otot dan berlaku di dalam rahim. Ketumbuhan fibroid menyerang   lebih seorang daripada setiap lima orang wanita di bawah umur 50  tahun.  Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 20 peratus wanita dalam  lingkungan  usia subur, iaitu 30 hingga 40 tahun menghidap fibroid.  Mereka yang  berisiko untuk menghidap fibroid ialah wanita pada usia  subur (30 – 40  tahun), wanita yang mempunyai berat badan yang  berlebihan atau indeks  jisim badan melebihi 25kg/ m², wanita yang  mempunyai ahli keluarga yang  pernah mengalami fibroid dan wanita yang  tidak pernah melahirkan anak  (nulliparous). Ada fibroid yang  mencetuskan simptom dan ada juga yang  berlaku tanpa simptom. Secara  umumnya, wanita yang berada dalam  lingkungan usia subur akan berisiko  tinggi untuk menghidap fibroid.  Dalam lingkungan umur ini, wanita  digalakkan untuk hamil dan melahirkan  anak.
Endometriosis
Endometriosis mengambil maksud daripada perkataan endometrium, iaitu   endo, ‘dalam’, dan metra, ‘rahim’. Ianya membawa maksud kepada keadaan   atau kejadian di mana lapisan tisu yang melitupi bahagian dalam rahim   didapati berada di luar kawasan rahim, atau kawasan lain pada sekitar   sistem reproduksi seseorang wanita. Simptom utama penyakit ini adalah   sengugut dan sakit pada bahagian pelvik. Di Malaysia, tiada statistik   khusus yang dijalankan bagi pengidap endometriosis. Endometriosis   merupakan masalah yang kerap berlaku. Hampir satu pertiga pengidap   endometriosis menjadi punca mandul (infertiliti) dalam kalangan wanita.
Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)
PCOS merupakan gangguan hormon yang paling tinggi dalam kalangan wanita   yang berada pada peringkat subur dan menjadi salah satu faktor   ketidaksuburan (infertiliti) dalam kalangan wanita. Gejala sindrom ini   berbeza antara wanita yang menghidapinya. Namun, punca berlakunya   sindrom ini masih belum diketahui secara jelas. Gejala PCOS boleh   menjadi tidak ketara atau ketara dan ia berbeza antara seorang penghidap   dengan penghidap yang lain. Antara gejala yang mungkin berlaku   termasuklah kedatangan haid yang sedikit dan tidak teratur atau   mengalami oligomenorea dan kadangkala amenorea (ketiadaan haid), bulu   roma yang berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme), masalah jerawat yang   teruk dan kronik, masalah obesiti, masalah keguguran berulang, masalah   kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan), dan juga masalah   kebotakan menyerupai lelaki (male baldness).
Anorexia Nervosa
Anorexia atau nama saintifiknya ‘Anorexia Nervosa’ berasal daripada   gabungan perkataan Greek (Anerektos) dan Latin (Nervosa) yang membawa   maksud tiada selera dan juga gangguan makan akibat kesan psikologi dan   fizikal yang teruk. Ia adalah sejenis gangguan disebabkan oleh peraturan   sendiri yang terlalu ketat berhubung dengan cara berdiet dan akhirnya   mengakibatkan gangguan makan yang dimanifestasi oleh penolakan makanan   yang mengakibatkan berat badan berkurangan sampai ke tahap yang   membahayakan. Penderita ingin menjadi kurus kerana kegemukan dianggap   tidak menarik, tidak sihat, tidak mengikut ‘trend’ dan juga tidak   diinginkan. Kecelaruan gaya pemakanan merujuk kepada obsesi seseorang   yang terlalu memikirkan mengenai berat badan dan apa yang dimakan.   Obsesi ini mempengaruhi tabiat dan gaya makan serta segala aktiviti   harian yang berkait langsung dengan makanan.
Menopaus
Putus haid atau menopaus ialah waktu pertengahan usia seseorang wanita   itu, apabila dia berhenti mengeluarkan haid. Hal ini terjadi, apabila   ovari (kilang telur) berhenti menghasilkan telur. Biasanya, menopaus   terjadi secara perlahan-lahan dalam suatu jangka waktu yang panjang.   Namun begitu, ada juga kes yang berlaku secara mendadak. Kesannya, ia   akan mempengaruhi hormon, badan dan perasaan seseorang wanita. Ada   sebahagian wanita tidak merasakan apa-apa perubahan atau gangguan,   manakala sebahagian besar mengalami gangguan vasomotor (seperti hangat   memerah, berpeluh, susah tidur, berdebar-debar, panas baran, pelupa,   mudah berkecil hati, kurang konsentrasi), fizikal dan kejiwaan (seperti   kemurungan dan stres) yang boleh mengurangkan dan mengganggu gugat   kualiti hidup. Dalam hal ini, sepasang suami isteri perlu mempunyai   pengetahuan tentang menopaus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SayFULz Support PENANG F.A Liga Malaysia 2014
Ikut Dari Facebook
Ikuti Pusat Hiburan Anda
Labels
- Agama (7)
 - Bukan Kisah Tapi Cerita (78)
 - CDKey (6)
 - Jobs Find (1)
 - KakiBOLA (2)
 - Love Is Story (6)
 - MaseyhSOLO (1)
 - Movie Share (31)
 - Mp3 Share (7)
 - My Idola (11)
 - Online Money (2)
 - photoshop (2)
 - Saiful Life (88)
 - Shopping (6)
 - Software Share (5)
 - Sports (1)
 - Teknologi (6)
 - Tips (7)
 - Toturial (9)
 - World Gaming (6)
 
Live Traffic
Facebook Badge

Blog Archive
- 
        ► 
      
2015
(1)
- ► April 2015 (1)
 
 
- 
        ► 
      
2014
(3)
- ► October 2014 (2)
 
- ► February 2014 (1)
 
 
- 
        ► 
      
2013
(6)
- ► December 2013 (1)
 
- ► November 2013 (1)
 
- ► August 2013 (2)
 
 
- 
        ▼ 
      
2012
(32)
- ► December 2012 (1)
 
- ► November 2012 (1)
 
- ► September 2012 (1)
 
- ► April 2012 (4)
 
- ► March 2012 (6)
 
- 
        ▼ 
      
February 2012
(11)
- BE Nuffnang - Nokia NwNp
 - (Gambar) Ana Raffali Nikah
 - Kamen Rider Fourze - English Sub [ Download ]
 - Pelakon Almy Nadia Kena Air Kencing Puntianak
 - AWAS! 5 Penyakit Utama Wanita Patut Tahu dan Berha...
 - Jom Support Earth Hour 2012
 - Kad Kahwin Lisa Surihani dan Yusry Kru Yang Simple
 - KAHWIN DIDAHULUKAN, MAKSIAT DITINGGALKAN
 - Bahagian Paling Sensitif Wanita...
 - Facebook Melia Aimellia Digodam
 - Rokok Meletup Dalam Mulut
 
 
 
- 
        ► 
      
2011
(129)
- ► November 2011 (11)
 
- ► October 2011 (5)
 
- ► September 2011 (7)
 
- ► August 2011 (9)
 
- ► April 2011 (6)
 
- ► March 2011 (15)
 
- ► February 2011 (25)
 
- ► January 2011 (32)
 
 
- 
        ► 
      
2010
(82)
- ► December 2010 (10)
 
- ► November 2010 (6)
 
- ► October 2010 (1)
 
- ► September 2010 (5)
 
- ► August 2010 (25)
 
- ► April 2010 (1)
 
- ► February 2010 (1)
 
- ► January 2010 (10)
 
 
- 
        ► 
      
2009
(35)
- ► December 2009 (4)
 
- ► November 2009 (3)
 
- ► October 2009 (2)
 
- ► September 2009 (7)
 
- ► August 2009 (4)
 
 
 RSS Feeds
  File Under : 
          

1 comments:
cara mencengah di www.pecintawanitaclub.blogspot.com insyaAllah ..
Post a Comment