Aku nak berpesan-pesan kepada diri aku jugak dan jugak korang kerana diri aku ni cetek pengetahuan agama lagi dan belum layak dipandang tinggi sesiapa. Jadi, aku menyediakan sedikit ruang ni untuk kongsi ilmu bahawa, maksiat kita harus jauhkan. Aku ingin membawa pengalaman aku sebagai panduan apabila aku pergi ke TELUK CEMPEDAK, KUANTAN. Keindahannya amatlah mendamaikan dengan angin sepoi-sepoi bahasa, kehidupan sosial dan pelancong asing sangat ramai. tapi dicemari dengan couple-couple yang bercumbuan, berpelukan, dan ada juga tanpa segan silu meraba-raba di bawah bulan cahaya yang menerangi seluruh pelusuk alam.
Aku sedih lihat mereka. Bukan aku tak tengok! aku tengok tapi apakan daya, aku mampu report pada member aku je dan kebetulan ada makcik cleaner yang sapu-sapu kat situ, dorang pun geleng kepala tengok aksi teenagers zaman sekarang ni. Tapi, bukan situ je, banyak lagi tempat-tempat public lain remaja-remaja ni berperangai "bagus" sedemikian.
Aku sebagai remaja bersimpati terhadap golongan remaja yang lain. Jadi, beringat-ingat untuk kebaikan, Kahwin didahulukan, maksiat ditinggalkan
#SHARE AT FB/TWEET AND LIKE#
Sumber : I-Cheer-U-Up
0 comments:
Post a Comment