Amalan  berjimat cermat adalah sikap terpuji bukan sahaja menguntungkan diri  sendiri malah memberi kebaikan kepada alam sekitar. Tujuan Earth Hour  ini ada untuk memupuk kesedaran terhadap alam sekitar dan isu pemanasan  global yang semakin parah. 
Earth  Hour adalah sebahagian daripada aktiviti sempena Hari Bumi (Earth Day)  yang disambut pada setiap tahun semenjak tahun 2007 dan sedney,  Australia yg menyambut kempen ini.
Justeru  itu,sempena Earth Hour, kesemua negara dan institusi yang terlibat akan  menghentikan penggunaan elektrik selama sejam untuk memberi kesedaran  tentang isu pemanasan global ini. 
Tahukah anda bila Earth Hour  untuk tahun 2012? kepada yang tahu, ini cuma peringatan semula dan yang  belum tahu nak beritahu bahawa Earth Hour 2012 akan berlaku pada  ketetapan berikut:
Tarikh: 31 March 2012Masa : 08:30 PM hingga 09:30 PM
Walaupun  hari Earth Hour masih lama, tapi tak ada salahnya kalau mula dari  sekarang. Jimat elektrik dan anda juga membantu mengurangkan pemanasan  global. So, apa tunggu lagi jom sama-sama support Earth Hour 2012 hanya  dengan mendaftarkan diri anda sebagai PLEDGE.
Saya baru saja mendaftarkan diri  sebentar tadi, statistik penyokong kempen ini masih ditahap yang kurang  memuaskan. Negeri paling ramai menyokong adalah negeri Selangor dengan  jumlah berdaftar 1286 orang. Manakala, negeri Perlis hanya ada 35 orang  sahaja. 
Anda masih belum terlambat, jom  sokong Earth Hour 2012 kali ini..KLIK link bawah ni untuk mendaftar.  Bersama-sama kita mengurangkan pemanasan global.
P/s: Share maklumat ini untuk pengetahuan rakan-rakan yang lain, jom selamatkan bumi kita !
 RSS Feeds
  File Under : 
          





0 comments:
Post a Comment